Tular bau wangi harum semerbak tengah malam hantui orang ramai, rupanya..

Tular bau wangi harum semerbak tengah malam hantui orang ramai, rupanya..

 

Tidak dapat dinafikan, ramai di antara yang meminati perihal dunia mistik namun tidak semestinya semua perkara perlu dikaitkan dengannya.

Terbaru, ramai netizen di media sosial yang menyatakan mereka terhidu bau wangi seakan bau bunga-bunga di waktu malam sejak kebelakangan ini apabila keluar dari rumah.

Ramai yang mengaitkan fenomena tersebut dengan perkara-perkara mistik dan misteri, malah ada juga netizen yang mengatakan mereka melakukan ritual untuk ‘menghalau’ apa-apa yang tidak diingini berlaku.

Cats 20

Bagaimanapun, menurut laporan Kosmo! terdapat sebuah perkongsian di Facebook yang memberitahu ia sebenarnya bukanlah satu kejadian mistik, tetapi ia merupakan fenomena biasa yang berlaku ketika bulan penuh.

Hasil carian mendapati, fenomena ini dipanggil bunga mekar bulan (lunar blooming flowers), ia merupakan kumpulan bunga-bunga yang mekar pada masa yang sama dengan bulan purnama penuh atau full moon. 

Difahamkan, bunga-bunga ini mekar pada waktu malam tetapi kekal tertutup sepenuhnya sepanjang waktu siang dan membuka kelopaknya apabila bulan keluar untuk pendebungaan oleh haiwan seperti kelawar dan rama-rama.

Sesetengah bunga yang mekar pada waktu malam sebenarnya akan menggugurkan kelopaknya pada keesokan paginya selepas pendebungaan selesai.

Antara bunga-bunga yang termasuk dalam kumpulan bunga mekar bulan termasuklah Bunga Kecubung dan Bunga Melur Kembang Malam / Bunga Sedap Malam.

Tak semua benda mistik ya…