Tular gambar Azmin di restoran mewah Salt Bae berserta resit bayaran arak

Tular gambar Azmin di restoran mewah Salt Bae berserta resit bayaran arak

Negara digemparkan dengan tertularnya beberapa keping foto Menteri MITI, Datuk Seri Azmin Ali bersama ahli keluarga sedang menjamu selera di sebuah restoran mewah dimiliki chef terkenal dunia, Salt Bae.

Salt Bae, nama popular yang digunakan oleh chef Nusret Gökçe berusia 38 tahun, ialah seorang chef Turki, penghibur makanan dan restoran yang teknik penyediaan dan perasa daging menjadi meme Internet pada Januari 2017

Sumber gambar diperolehi menerusi satu ciapan di Twitter menggunakan nama akaun @LagaCawan pagi tadi. Ciapan tersebut sehingga kini menerima tanda suka dan diulang ciap lebih daripada 4 ribu.

Dalam ciapan tersebut, apa yang lebih mengejutkan, jumlah di bil yang tertera menunjukkan senarai menu mewah termasuk 2 botol arak jenama terkenal Petrus bernilai belasan ribu ringgit. Malah jumlah keseluruhan bil selepas ditukar ke Ringgit Malaysia bernilai lebih RM200 ribu.

Tambah penciap tersebut, turut kelihatan bersama Azmin dan chef selebriti tersebut ialah isteri Azmin, Shamsidar dan anak lelakinya Bashir. Semakan yang di buat mengesahkan Bashir merupakan penuntut di City, University of London.

Walaubagaimanapun, masih belum dapat dipastikan siapa lagi tetamu yang turut bersama Azmin dan keluarganya ketika itu.

Malah dengan jumlah bayaran bil yang dikenakan sebanyak itu, timbul persoalan daripada sumber manakah digunakan untuk membayar jumlah hidangan tersebut, samada menggunakan wang sendiri ataupun melalui tuntutan kewangan negara yang diperolehi oleh setiap menteri kabinet.

Syed Saddiq di dalam parlimen baru-baru ini mendedahkan senarai keistimewaan yang diperolehi anggota kabinet kerajaan termasuklah pemerolehan tanah dan percutian tahunan bernilai RM200 ribu.

Sehingga kini, Azmin masih belum memberi respon terhadap dakwaan ciapan Twitter tersebut.