Tular gambar disarung cincin, Zara Zya sudah dirisik seseorang?

Tular gambar disarung cincin, Zara Zya sudah dirisik seseorang?

 

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja ada berita mengatakan yang pelakon wanita, Zara Zya telah disunting seseorang.

Memetik laporan dari Boom! tular satu gambar menunjukkan seorang wanita menyarung cincin ke jarinya.

Betul ke dirisik seseorang?

Menurut sumber lagi, majlis serba sederhana itu dibuat di kediaman pelakon tersebut dan melihat dari gambar yang dikongsi sepertinya upacara merisik dilangsungkan.

Walau bagaimanapun, individu yang menhantar cincin tidak dapat dipastikan gerangannya.

Untuk rekod, Zara Zya pernah melangsungkan pertunangan dengan aktor Hafreez Adam sekitar tahun 2019. Namun tak lama kemudian, mereka mengesahkan sudah memutuskan hubungan dan perancangan untuk berkahwin dibatalkan.

Pelakon drama Monalisa itu juga beberapa kali dikaitkan dengan selebriti lelaki namun dia menyatakan hanyalah berkawan biasa sahaja.

 

Jika betul apa yang dikongsikan, semoga urusan Zara Zya dipermudah dan tahniah diatas fasa baru dalam kehidupan.

Benda baik tak perlu sorok-sorok.