Tular gambar MK K-Clique didakwa sudah bertunang, komen Nabila Razali pula curi perhatian

Tular gambar MK K-Clique didakwa sudah bertunang, komen Nabila Razali pula curi perhatian

 

Dalam diam, penyanyi rap terkenal, MK K-Clique dikhabarkan sudah mengikat tali pertunangan dengan wanita yang dikenali sebagai Siti Hajar.

Dakwaan itu mula timbul selepas seorang peminat melihat beberapa keping foto yang memperlihatkan MK beraya di rumah abang kepada wanita tersebut baru-baru ini.

Menerusi gambar yang dikirimkan oleh peminat itu, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan dilihat mengenakan busana bewarna merah hati sedondon dengan wanita tersebut.

Malah, salah satu foto memaparkan wanita berkenaan dilihat sedang menunjukkan cincin yang dipakai pada jarinya turut menjadi tular di laman sosial.

Sementara itu, menerusi hantaran terbaharu di Instagram milik MK, dia memuat naik foto berukuran passport dengan imej bersongkok, seolah-olah memberitahu sedang bersiap sedia menuju hari bahagia.

“Salam Jumaat, jika anda membaca ini, semoga Allah permudahkan segala urusan kita, menggantikan setiap ujian dengan ketenangan dan keamanan dengan nikmat-Nya. Amin,” tulisnya ringkas.

Rata-rata netizen termasuk kalangan selebriti antaranya pelakon Yusuf bahrin dan penyanyi Nabila Razali mengucapkan tahniah kepada penyanyi kelahiran Sabah itu.

“Setinggi-tinggi tahniah mamatku. Barakallahufillkum,” komen Yusuf.

“Congratulations Muhammad Hairi,” tulis Nabila di ruang komen.

Terdahulu, MK mendedahkan sedang berkenalan rapat dengan Siti Hajar selain mengaku wanita itu merupakan seorang yang istimewa buat dirinya.