Tular ‘Geng AMG’ berkumpul di laluan jalan viral Nismilan

Tular ‘Geng AMG’ berkumpul di laluan jalan viral Nismilan

Jalan pintas Temiang ke Pantai, Jalan Jelebu, Negeri Sembilan mula menjadi tumpuan buat kelab permotoran bagi menganjurkan perkumpulan sesama ahli.

Jalan tersebut yang dibuka tahun lalu seolah-olah menjadi ‘venue’ wajib mereka berpunca daripada keindahan pemandangan sepanjang laluan tersebut.

Malah, memandangkan laluan ini agak lengang daripada pengguna jalan raya, ianya dijadikan alasan bagi mereka berbuat sesuka hati tanpa memikirkan keselamatan samada sesama mereka mahupun pengguna yang lain.

Meskipun perjumpaan sesama pemilik kenderaan tidak salah asalkan dibuat di tempat yang selamat.

Baru-baru ini telah tular satu video melibatkan aksi geng konvoi Honda Civic FC yang meletakkan kenderaan di laluan kecemasan dan melepak dengan ahli-ahli konvoi yang lain.

Dapat dilihat deretan kereta berhenti di bahu jalan yang sedikit sebanyak menyukarkan pengguna jalan yang lain.

Ada satu ketika, kereta lain pula yang perlu mengelak pemilik kereta yang sedang berdiri dan bersembang di sisi jalan.

Namun, rupa-rupanya ‘port’ tersebut begitu popular dikalangan kelab kereta bagi dijadikan acara wajib bagi sesi bergambar.

Menerusi perkongsian FB yang menggunakan nama akaun David M J Tan, dia telah memuat naik gambar ‘gathering’ ahli kelab AMG juga dibuat di tempat yang sama dilakukan ahli kelab Honda Civic FC baru-baru ini.

Perkongsian bertarikh November 2021 itu walaubagaimanapun telah pun disekat perkongsiannya oleh pemilik FB tersebut sebentar tadi bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.

Menjengah ruangan komen video tersebut, rata-rata memberi pandangan tidak sesuai untuk dibuat gathering di kawasan tersebut kerana laluannya yang sempit walaupun pemandangannya cantik.

Malah sekiranya kejadian yang dilakukan kelab H itu tidak tular, mungkin banyak lagi kelab permotoran yang bakal membuat perkara yang sama secara mingguan pula, komen netizen lagi.