Tular gosip bakal bercerai dengan Ubai MZ, akhirnya Shila Amzah bersuara

Tular gosip bakal bercerai dengan Ubai MZ, akhirnya Shila Amzah bersuara

 

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba timbul cerita kurang enak apabila ada dakwaan mengatakan penyanyi Shila Amzah dan suami iaitu pempengaruh media sosial, Ubai MZ bakal bercerai.

Bakal cerai?

ig shila amzah

Gosip itu timbul selepas salah seorang pengikut di Instagram memaklumkan kepada Shila mengenai sebuah artikel di Facebook yang mengatakan rumah tangga penyanyi itu berdepan masalah.

Dalam posting FB ada nampak orang kata Shila Amzah dah nak bercerai. Kurang ajar ya posting FB.

Enggan berdiam diri dan terus menjadi salah faham, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 34, menegaskan berita yang dikongsikan di Facebook itu adalah tidak benar.

Kata Shila, tajuk jenis ‘click bait’ yang digunakan sememangnya sengaja mengundang fitnah dan salah faham orang ramai.

Sebab itu jangan main FB, dah teruk sangat dah dia punya news. Click bait dah tak fikir benda betul ke fitnah.

Kalau kita terdetik mempercayai dah satu hal jadi dosa pula kita.

Imbas kembali, pada 4 Ogos lalu, Shila selamat bergelar isteri kepada pempengaruh media sosial, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli atau Ubai MZ, dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur.

Sebelum itu, pasangan itu telah mengikat tali pertunangan pada 27 Mei lalu.

Untuk rekod, Shilla pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada April 2018 sebelum bercerai pada Februari 2022.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Seth Uwais yang kini berusia empat tahun.