Tular individu pacak bendera Isra.el depan kedai di Terengganu buat netizen Malaysia naik angin
Disebabkan itu, ramai berpihak dan melindungi warga-warga Palestin kerana mereka tidak bersalah. Semangat mereka mempertahankan keluarga dan negara itu digeruni ramai.
Tidak dinafikan, kebanyakan rakyat Malaysia merupakan Pro-Palestin dan tetap memberikan sokongan dan semangat yang kuat kepada mereka yang terkesan.
Namun begitu, baru-baru ini, tular gambar individu memacakkan bendera Israel di depan kedai telah mencuri tumpuan ramai.
Bendera Israel berkibar di depan kedai yang dipercayai terletak di Bukit Payung, Terengganu. Semua orang tidak tahu apa motif individu tersebut memacakkan bendera itu. Namun, ada juga sumber yang mengatakan pelaku telah meminta maaf.
“Confused dengan bendera kot, tak tahu mana bendera Palestin” – Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 990K tontonan, 16K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
@sekompo_2u Sebuah premis di terngganu di kesan mengibarkan bendera israel. pelaku dikatakan telah memohon maaf..
Tak tahulah mana dia dapat bendera tu ya, risau :/