Tular isu Abang Tesla kahwin dua sebab anak, jurumakmal ini akhirnya dedah sebenarnya sperma lelaki Malaysia yang tak berkualiti

Tular isu Abang Tesla kahwin dua sebab anak, jurumakmal ini akhirnya dedah sebenarnya sperma lelaki Malaysia yang tak berkualiti

 

Seorang lelaki yang bertugas sebagai jurumakmal perubatan telah mengejutkan orang ramai selepas membongkarkan fakta mengejutkan mengenai kesuburan.

Mengundang perbincangan hangat, jurumakmal itu tidak bersetuju apabila wanita sering dipersalahkan sekiranya gagal mendapatkan anak selepas berkahwin.

Sedangkan, ramai lelaki di Malaysia juga sebenarnya mengalami masalah kesuburan dipercayai berpunca daripada kualiti sperma yang bermasalah teruk.

Perkara tersebut didedahkan oleh jurumakmal yang lebih mesra dikenali sebagai Madnor itu menerusi satu hantaran di akaun TikTok miliknya, @dodosentoso.

Bertujuan untuk memupuk kesedaran, pendedahan tersebut difahamkan dibuat gara-gara kehangatan isu perkahwinan kedua selebriti media sosial, Abang Tesla.

Bekerja di makmal patalogi, Madnor memaklumkan bahawa dirinya bertugas untuk menjalani ujian melibatkan sampel manusia termasuklah menganalisa air mani.

@dodosentoso

Lama x merentan. Tapi kali ni mdno cakap la since berkenaan dengan kesuburan kan.? #kesuburanlelaki #ujiankesuburan #suamiisteri

♬ original sound – Muhammad Noor bin Zakaria – Muhammad Noor bin Zakaria

“Daripada 10 sampel yang saya analisa setiap hari, enam daripadanya bermasalah teruk. Jadi, kita perlu fikirkan perkara ini dengan lebih mendalam.

“Sebab sekarang ini, ramai orang yang mengalami masalah kesuburan sebenarnya. Jika perkara ini menjadi menjadi alasan (berkahwin lain), buatlah rawatan dahulu.

“Periksa dahulu sekiranya engkau (suami) atau isteri yang ada masalah. Datang jumpa saya, periksa air mani abang. Mari saya kirakan sperma itu,” selorohnya.

Bukan mahu menentang poligami, pemilik nama penuh Muhammad Noor Zakaria itu berharap agar para lelaki berhenti berkongsi hal rumah tangga di sosial media.

Jurumakmal itu juga sempat menasihati suami supaya memikirkan perasaan mentua dan masa hadapan anak-anak sebelum membuat keputusan untuk berpoligami.

“Kalau abang rasa mampu dan isteri izinkan, kahwin sahajalah. Tidak perlu beritahu semua manusia di dalam dunia ini. Lepas itu bagi alasan yang tidak logik.” Ulasnya.