Search

Negara Merdeka

Negara Merdeka

Tular kenyataan media Hadi akan dilantik sebagai PM ke-11, ini penjelasan Pas

May 6, 2023 10:54 am
Tular kenyataan media Hadi akan dilantik sebagai PM ke-11, ini penjelasan Pas

 

Kenyataan media yang mendakwa Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang akan dilantik sebagai Perdana Menteri ke-11 adalah palsu, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Dalam satu kenyataan, Takiyuddin menjelaskan kenyataan media yang tular itu tiada kaitan dengan mana-mana pihak yang disebutkan.

“Kenyataan Media bertajuk ‘Sokongan Terhadap YB Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Ahli Parlimen Marang Sebagai Perdana Menteri Malaysia’ yang sedang tular pada masa ini adalah palsu dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak yang disebutkan,” katanya.

Kenyataan media yang tular itu menyebut Abdul Hadi telah mendapat sokongan 115 Ahli Parlimen untuk dilantik sebagai perdana menteri.

Selain itu, kenyataan itu juga menyatakan Abdul Hadi telah diperkenankan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong pada 5 Mei bagi mempersembahkan surat akuan bersumpah daripada 115 Ahli Parlimen.

Untuk rekod, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kini berada di London.

Lawatan Khas Seri Paduka berdua ke London adalah atas jemputan Raja Charles III bagi menghadiri Istiadat Pertabalan Baginda sebagai Pemerintah United Kingdom (UK) di Westminster Abbey pada Sabtu ini.



Popular

Hanya guna minyak masak terpakai, rupanya ini rahsia nak buat pokok mangga merimbun buahnya, wanita ini kongsi caranya

Hanya guna minyak masak terpakai, rupanya ini rahsia nak buat pokok mangga merimbun buahnya, wanita ini kongsi caranya

Ini rahsia bagaimana selamatkan wang ‘gratuiti’ persaraan

Ini rahsia bagaimana selamatkan wang ‘gratuiti’ persaraan

Lilin susah nak cari waktu blackout? Wanita ini kongsi cara DIY sendiri guna 2 bahan saja

Lilin susah nak cari waktu blackout? Wanita ini kongsi cara DIY sendiri guna 2 bahan saja

Lapik pembungkus nasi lemak daun pisang guna surat khabar bahasa Cina jadi isu, peniaga cadang beri pilihan kepada pelanggan – “Boleh pilih nak bahasa, ruangan apa”

Lapik pembungkus nasi lemak daun pisang guna surat khabar bahasa Cina jadi isu, peniaga cadang beri pilihan kepada pelanggan – “Boleh pilih nak bahasa, ruangan apa”

Pemain bola dedah ditamatkan kontrak, hanya kerana minta gaji untuk perbelanjaan isteri bersalin

Pemain bola dedah ditamatkan kontrak, hanya kerana minta gaji untuk perbelanjaan isteri bersalin

Terkini

Berkat jaga mak sakit kanser tahap 4, pelajar raih keputusan cemerlang 11A SPM

Berkat jaga mak sakit kanser tahap 4, pelajar raih keputusan cemerlang 11A SPM

Beri pandangan isu wanita bertudung tapi solat, selebriti dikatakan tidak peka hukum agama

Beri pandangan isu wanita bertudung tapi solat, selebriti dikatakan tidak peka hukum agama

Pelajar terima keputusan cemerlang SPM di bumi Mekah, syukur dapat 8A

Pelajar terima keputusan cemerlang SPM di bumi Mekah, syukur dapat 8A

Menang anugerah Personaliti Sukan Paling Dipercayai di Malaysia Reader’s Digest 2023, ketahui kriteria pemilihan penganjur terhadap Datuk Nicol David

Menang anugerah Personaliti Sukan Paling Dipercayai di Malaysia Reader’s Digest 2023, ketahui kriteria pemilihan penganjur terhadap Datuk Nicol David

Akhirnya senarai 10 nama warlord UMNO yang bakal sertai PN didedah Zahid

Akhirnya senarai 10 nama warlord UMNO yang bakal sertai PN didedah Zahid


© 2020 negaramerdeka.com. All rights reserved.