Tular klip video pasangan pengantin nikah pukul 3 pagi

Tular klip video pasangan pengantin nikah pukul 3 pagi

 

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi majlis akad nikah yang diadakan tepat pukul 3 pagi, lapor laman berita yoursay.id semalam.

Video dimuat naik dalam akaun TikTok @anna_griya_rias itu memaparkan perkongsian seorang jurusolek mengenai pengalamannya mendandan pengantin pada awal pagi.

Dua jurugambar yang bertugas di majlis tersebut kelihatan cuba menyegarkan diri di luar rumah pengantin dengan mengambil minuman dan makanan ringan walaupun sudah mengantuk.

Selepas segala persiapan selesai, pengantin perempuan diarak ke meja akad nikah oleh dua peneman sambil diperhatikan beberapa tetamu undangan.

Pasangan pengantin kemudian duduk di meja akad nikah bersama kadi, wali dan saksi.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Terbaik kadi sanggup mengahwinkan pengantin pada awal pagi,” komen seorang netizen.

“Bayangkan pukul berapa dia mula bersolek? Tak mengantuk ke?” komen netizen lain.