Tular Ntv7 ditutup, Media Prima nafikan

Tular Ntv7 ditutup, Media Prima nafikan

Media Prima dalam kenyataan malam ini memaklumkan Ntv7 tidak berhenti operasi seperti tanggapan dan laporan sesetengah pihak susulan berita pelancaran DidikTV Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (DidikTV KPM) esok.

Semalam tular berita di portal-portal berita mengumumkan siaran NTV7 di bawah Media Prima akan ditamatkan untuk memberi laluan kepada rangkaian pendidikan DidikTV di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bakal bersiaran bermula esok.

DidikTV akan bersiaran bermula jam 7 pagi sehingga jam 12 tengah malam setiap hari dan DidikTV KPM boleh ditonton menerusi saluran 107 di MYTV, saluran 147 di Astro dan saluran NTV7 di TV Unifi.

Medium ini diperkenalkan sebagai satu usaha berterusan dalam meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti bagi semua murid di seluruh negara. Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dijadualkan melancarkan DidikTV pada pagi Rabu.