Tular poster hukum halal bunuh musuh parti, pempengaruh ini kongsikan ‘modus operandi’ parti Pas

FANATISM
Kalau kita baca apa yang ditulis dalam poster, seram dibuatnya. Sampai halalkan fitnah dan bunuh membunuh, hanya kerana nak menang pilihanraya.
Dan ini bukan pertama kali ya. Tahun 80an, “Ulamak” ini juga keluarkan Amanat Haji Hadi, yang difatwakan haram kerana pecah belahkan umat.
Rentetan itu juga, terjadi tragedi berdarah Memali, terbunuh mereka yang anuti Amanat Haji Hadi. Selepas itu tragedi Al-Maunnah, yang pelopornya adalah ahli PAS hingga kini.
Ini bahaya budaya Takfiri.
Saya marah dan kecewa. Mereka ini sedang berleluasa memusnahkan negara yang aman sejahtera.
Pada saya, nak dekat pilihanraya ni, mereka sengaja nak probok2 kita. Agar marah dan nak Kerajaan tahan
Ketua mereka.
Kalau ini berlaku, akan halalkan kebangkitan dan kekasaran penyokong. Boleh buat negara huru hara. Jadi mereka ada modal untuk tumbangkan Kerajaan.
We don’t have to stoop down to their level. Kita tak perlu balas fanatism dengan kekerasan.
Remember, the power of people is greater than the people in power.
Ya, mereka politikus berkuasa atas penyokong dan parti mereka. Tapi bukan atas kita. Rakyat biasa yang cintakan negara.
Makanya, PRN ini tunjukkan kuasa kita. Keluar mengundi dan tolak parti ini. Mereka parasit agama paling jahat untuk ibu pertiwi…
I urge all peace loving Malaysian to raise your voice against this insanity.
Salam hormat,
Liyana Marzuki