Tular semula video lama Ira Kazar, netizen samakan dengan perempuan Latin

Tular semula video lama Ira Kazar, netizen samakan dengan perempuan Latin

 

Sebuah rakaman dipercayai video muzik yang memaparkan isteri kedua Syamsul Yusof, Ira Kazar sebagai penyanyi kembali tular baru-baru ini.

Difahamkan, anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi itu sedang menyanyikan lagu single terbitannya sendiri.

 

Rakaman tersebut telah dimuat naik di laman media Youtube pada dua tahun tepatnya di bulan Julai.

Menerusi video tersebut, terlihat Ira menjadi bintang utama dan turut memaparkan seorang pemain gitar.

Disebalik kontroversi yang melanda dirinya, ramai penonton yang memuji kecantikan pemilik nama Faghirah Fatini itu.

ira

Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi, Ira Kazar mungkin mewarisi bakat bapanya yang terkenal dengan lagu ‘Memburu Impian’.

Apa kata pembaca, adakah suatu hari nanti Ira Kazar bakal ada tempat di hati peminat muzik tanah air?