Tular surat Jabatan Agama Terengganu batalkan tauliah mengajar kepada pendakwah terkenal

Tular surat Jabatan Agama Terengganu batalkan tauliah mengajar kepada pendakwah terkenal

Alhamdulillah..

Sentiasa bersyukur pada Allah atas segala suratan Allah yang Allah tetapkan untuk kita.

Terima kasih saya ucapkan kepada pihak Jabatan Agama Islam Terengganu kerana telah Tarik dan batalkan Tauliah saya untuk mengajar Al-Quraan dan Sunnah di bumi Terengganu yang aku sayangi.

Saya akan pesan kepada isteri saya nanti: bila saya mati nanti mohon sertakan dan letakan surat ini sekali dgn kafan saya, supaya bila saya bertemu dgn Allah kelak di padang mahsyar, saya boleh jadikan bukti kenapa saya tak boleh sebarkan Al-Quraan dan Sunnah kekasih kita nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم.

Terima kasih JHEAT, Tahniah Kerajaan Negeri Terengganu.