Tular video Ali Puteh mengamuk di live TikTok, “Kau ada masalah apa sial dengan aku”

Tular video Ali Puteh mengamuk di live TikTok, “Kau ada masalah apa sial dengan aku”

 

Baru-baru ini, kecoh apabila Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan mendakwa ada taburan garam kasar, kulit limau dan bangkai haiwan selepas bekas kakak iparnya, Hidayah berkunjung ke rumah peninggalan arwah Abam.

Kenyataan yang dibuat Ali mengundang perdebatan kerana ianya merupakan satu tuduhan yang berat dan tak berasas. Ada juga yang menjadikannya sebagai satu jenaka kerana garam kasar bukanlah medium untuk ilmu sihir.

Terbaru, seorang pengguna TikTok merakam Ali Puteh mengamuk sewaktu live dipercayai kerana ada netizen mengejek memetik nama bapanya. Dalam video itu, Ali berkata, perbuatan itu adalah sangat biadap.

@akubukanfavourite_

die mmg salah tp jgn smpai main makpak,makpak die mgkin xsuke dgn ape yg die buat..so netizen pun nk ke cam,ke cam die je da la..pape pun moga kak dayah dan anak nye akan dpt hak yg sepatutnya scepat mgkin..🙂#aliputihmengamuklive

♬ bunyi asal – ❤️Fa-Hana Yusof ☝️ – ❤️Fa-Hana Yusof ☝️

Ali berkata, jika berjumpa depan-depan, individu biadap itu mungkin dah makan ‘penyepak’ daripadanya. Pelawak ini juga menafikan dakwaan dia ‘koyak’ dengan kecaman netizen, sebaliknya dia marah kerana provokasi yang melampau.

Netizen bagaimanapun melabel Ali sebagai seorang yang panas baran kerana melenting dengan komen netizen.

Difahamkan ketika sesi live itu, netizen turut memperlekeh tindakannya mempersoalkan bayaran bil utiliti rumah arwah Abam menyebabkan Ali naik angin.