Tular video cium dengan budak lelaki bawah umur, Dalai Lama mohon maaf

Tular video cium dengan budak lelaki bawah umur, Dalai Lama mohon maaf

 

Sejak hujung minggu lepas, tular sebuah video Dalai Lama mencium seorang kanak-kanak lelaki di bahagian mulutnya.

Pemimpin kerohanian Tibet itu menerusi laman Instagram miliknya menyatakan rasa kesal selepas perbuatannya mencium bibir dan meminta seorang kanak-kanak menghisap lidahnya itu tular di media sosial.

“Tular satu klip video yang menunjukkan seorang budak lelaki bertanya kepada Yang Mulia Dalai Lama jika dia boleh memeluknya dalam satu pertemuan baru-baru ini.

Yang Mulia ingin memohon maaf kepada budak lelaki itu dan keluarganya, serta ramai rakannya di seluruh dunia, kerana kata-katanya yang melukakan hati.

Beliau sering mengusik orang yang ditemuinya tanpa rasa bersalah dan suka bermain, walaupun di khalayak ramai dan di hadapan kamera. Dia kesal dengan kejadian itu,”katanya.

 

Dalam video berkenaan, pemimpin Buddha itu dilihat melakukan perbuatan itu di khalayak ramai ketika kanak-kanak itu tunduk dan memberikan penghormatan kepadanya.

Selepas beberapa saat, pemimpin rohani Tibet itu dilihat mengacukan mulutnya kemudian menjelirkan lidahnya kepada kanak-kanak berkenaan.