Tular video hari pertama dah lolos pagar sekolah, ibu murid ini dedah punca sebenar

Sejak bermulanya sesi persekolahan, pelbagai ragam melibatkan murid dan ibu bapa masing-masing tular di media sosial sejak semalam.
Paling mencuit hati, gelagat seorang murid prasekolah yang berani melakukan cubaan untuk loloskan diri dengan memanjat pagar sekolah meskipun baru hari pertamanya di sana.
Baru hari pertama sekolah dah panjat pagar…mujur mak cik guard jadi penyelamat
Rakaman mengenai kanak-kanak itu viral selepas dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Tiney Eny.
Gara-gara tubuhnya yang begitu kecil, murid perempuan tersebut berjaya meloloskan dirinya melalui bahagian bawah pagar lalu berlari ke luar.
Namun begitu, mujurlah dia berjaya diselamatkan oleh 2 pengawal keselamatan yang bertugas di sekolah tersebut sebelum dibawa masuk ke bilik darjah semula.
@_tineyeny #haripertamasekolah #backtoschool #fyp #fypシ
Rupanya Aireen lari sebab ingin cari ayah
Menerusi Facebook, Puan Norsahila Hashim juga sempat berkongsi gelagat anak keduanya itu memulakan hari pertamanya di sekolah sebelum kejadian viral tersebut.
Pada awalnya, adik Aireen ditemani oleh bapanya dari rumah sehinggalah ke bilik darjah.
Namun menurut ibunya, si cilik itu mula buat hal sehingga panjat pagar sebaik menyedari ketiadaan ayahnya yang sudah tinggalkan kawasan sekolah itu semalam.
Betul-betul manja dengan ayah dia ni…boleh simpan untuk kenangan bila dia dah besar nanti
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat ragam adik Aireen yang rupa-rupanya sangat manja dengan ayahnya.
Dalam waktu yang sama, mereka turut harap agar Puan Norsahila tunjuk kembali video kenangan itu apabila anaknya sudah meningkat dewasa nanti.