Tular video pak lebai berserban makan siput babi, ini respon bekas mufti WP

Tular video pak lebai berserban makan siput babi, ini respon bekas mufti WP

 

Baru-baru ini, tular di media sosial seorang lelaki yang memakai serban dan juga jubah berwarna putih menunjukkan satu video masakan sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @emirati_chef, lelaki terbabit yang juga seorang chef dilihat sedang memasak siput babi dan memakannya selepas itu.

@emirati_chef

حلزون مشوي هالطريقه الفرنسيه🐌🔥😋

♬ Calm Down – Rema

Susulan itu, kebanyakan orang yang melihat video tersebut mempersoalkan status halal makanan berkenaan hingga ada yang terpanggil meminta pandangan bekas Menteri Agama,Datuk Dr. Zulkifli Mohammad Al-Bakri.

Siput babi haram dimakan mengikut Mazhab Syafie

Zulkifli kemudiannya tampil menerusi satu ciapan di akaun Twitter miliknya menerangkan mengenai status halal dalam memakan siput babi mengikut Mazhab Syafie.

Menurut Zulkifli, Mazhab Syafie mengharamkan siput babi dan menghalalkan siput sedut untuk dimakan manakala Mazhab Maliki pula menghalalkan memakan siput babi dengan syarat tertentu.

Untuk info, menurut Mazhab Syafie, siput darat seperti siput babi haram dimakan kerana ia termasuk dalam kategori serangga atau haiwan yang tidak mempunyai darah merah seperti lalat, semut, cicak dan seumpamanya.

Pengharamannya adalah disebabkan oleh ia dianggap jijik (kotor) dan tabiat semulajadi manusia menjauhinya.

Mazhab Maliki halalkan makan siput babi dengan syarat ia tidak menjadi bangkai

Manakala menurut Imam Malik yang juga pengasas Mazhab Maliki semua haiwan yang melata ‘hasyarat’ atau haiwan yang tidak mempunyai darah merah seperti siput daratan adalah halal dimakan.

Tetapi syarat untuk menjadikan ia halal mestilah dimatikan dengan cara rebus atau dipanggang dan jika sudah menjadi bangkai (mati sendiri) maka hukumnnya adalah haram.