Tular video pasangan remaja berdua-duaan di tepi kubur

Tular video pasangan remaja berdua-duaan di tepi kubur

 

Polis Indonesia sedang melakukan siasatan berhubung satu rakaman video yang menunjukkan sepasang remaja duduk di atas motosikal dekat kawasan perkuburan Tanah Kusir, Kebayoran Lama, Jakarta Selatan, lapor laman berita Serambinews hari ini.

Siasatan dilakukan selepas rakaman video tersebut tersebar menerusi laman media sosial. Terdapat dakwaan bahawa kejadian tersebut berlaku pada waktu siang pada bulan Ramadan lalu.

Ketua Tanah Perkuburan Awan (TPU) Kusir, Gunawan turut mengesahkan berlakunya perbuatan tersebut.

Namun, Ketua Polis Kebayoran Lama, Widya Agustiono mengaku belum mendapat maklumat berhubung perbuatan tidak senonoh tersebut.

Namun, katanya, pihaknya akan melakukan siasatan terlebih dahulu.

“Kita akan memeriksa dulu, apakah benar kejadian itu berlaku di sana,” ujar Widya ketika dihubungi pada Khamis lalu.

Menurutnya, polis juga akan melakukan siasatan sama ada video pasangan tersebut melakukan maksiat kerana dalam rakaman video tersebut, ia tidak menunjukkan perbuatan berkenaan dengan jelas.