Tular video peniaga ayam di Terengganu disaman RM500 oleh pegawai KPDNHEP

Tular video peniaga ayam di Terengganu disaman RM500 oleh pegawai KPDNHEP

Peniaga sebuah pasar basah hari ini berdepan situasi merunsingkan apabila disaman oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) gara-gara menjual ayam pada harga yang tidak dibenarkan.

Menurut video yang tular di media sosial ketika ini, hampir kesemua peniaga terbabit disaman sebanyak RM500 di atas kesalahan tersebut.

Jelas kedengaran rungutan seorang peniaga yang mempertikaikan penguatkuasaan yang dijalankan pegawai KPDNHEP sambil memberikan alasan harga ayam yang diterima melalui pemborong sudah sememangnya tinggi.

“Ambil ayam RM8.90. nak jual RM8.90. Pastu kena saman. Hak peniaga mana”, rungut peniaga terbabit.

.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pada 2 Februari lepas menetapkan harga siling runcit ayam standard RM8.90 sekilogram di Semenanjung.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia akan bermula setelah berakhirnya Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM).

Menurutnya, harga tersebut akan kekal sehingga 5 Jun 2022 iaitu selama 121 hari bagi menjamin kestabilan harga ayam dan juga makanan lain yang berkaitan.