Tular video penunggang motosikal ditumbuk lelaki sado, netizen gesa pemandu Proton Saga dikenakan tindakan

Tular video seorang penunggang motosikal dipukul lelaki yang tidak berpuas hati dengannya dalam kejadian di sebuah persimpangan jalan.
Video yang dimuat naik oleh pengguna Facebook, Razalin Shah, itu bagaimanapun tidak menyatakan masa dan lokasi kejadian itu berlaku.
Berdasarkan video berdurasi satu minit itu, pemandu kereta Proton Saga dilihat tidak berpuas hati dengan mangsa.
Saspek kemudian cuba mendekati mangsa, tetapi dihalang oleh orang ramai yang bertindak meleraikan pergaduhan itu. Namun saspek sempat menumbuk muka mangsa.
Salah seorang lelaki kemudian memujuk saspek untuk beredar dari tempat kejadian. Malangnya tidak diendahkan dan saspek menolak motosikal milik mangsa sehingga terjatuh.
Melihat mangsa tidak lagi dilindungi oleh orang awam, saspek segera mengambil kesempatan untuk memukul mangsa bertubi-tubi.
Setelah puas mengerjakan mangsa, saspek beredar dari tempat kejadian.
“Walaupun rider itu salah sekalipun, mungkin terlanggar kereta dia (saspek). Tak sepatutnya dia dipukul macam tu. Bincanglah elok-elok,” kata netizen.