Tular video Rohana Jalil menyanyi sambil duduk dengan Jaafar Onn, netizen kata nampak sedang menahan kesakitan

Tular video Rohana Jalil menyanyi sambil duduk dengan Jaafar Onn, netizen kata nampak sedang menahan kesakitan

Baru-baru ini dunia hiburan dikejutkan dengan berita penyanyi veteran Rohana Jalil yang dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia tanpa diketahui penyakitnya.

Di dalam perkembangan terkini, penyanyi itu dikatakan telah sedarkan diri dan mula memberikan tindak balas positif. Buat masa ini, Rohana Jalil dilaporkan berada dalam pemantauan pakar dan perlu menggunakan bantuan pernafasan.

Susulan kejadian yang berlaku ini, tular di media sosial video persembahan Rohana Jalil bersama Jaafar Onn beberapa hari lalu. Di dalam video tersebut, dapat dilihat penyanyi veteran itu menyanyi dalam keadaan yang duduk dan seperti sedang menahan kesakitan.

@plazashahalam

Persembahan Rohana Jalil bersama Jaafar Onn hujung minggu lalu di Plaza Shah Alam. #rohanajalil #jaafaronn #shahalam #plazashahalam

♬ original sound – Plaza Shah Alam – Plaza Shah Alam

Perkongsian video itu turut meraih perhatian ramai susulan insiden penyanyi itu dikejarkan ke hospital Selasa lalu. Malah kebanyakan netizen turut meluahkan rasa risau dengan kesihatan penyanyi berusia 68 tahun itu dan mendoakan yang terbaik untuknya.

Jaafar Onn yang kali terakhir berjumpa dengan ibu kepada Kilafairy ini pada Ahad lalu memberitahu dia dapat melihat keadaan penyanyi veteran itu yang tidak kelihatan sihat. Malah Rohana sendiri memaklumkan dia tidak sihat semasa mereka membuat persembahan di Plaza Masalam, Shah Alam.

“Waktu itu dia sedang sakit. Tiba-tiba dia berjalan perlahan seperti penat tapi dia nak menyanyi juga. Jadi, saya biarkan dia menyanyi. Tak tahu apa sakitnya tapi dia kata mungkin gastrik kerana dia diet.”