Tular video sekumpulan lelaki masuk pertandingan gaya tudung paling cantik raih tumpuan ramai

Tular video sekumpulan lelaki masuk pertandingan gaya tudung paling cantik raih tumpuan ramai

 

Sudah banyak aktiviti menarik kita dapat lihat sekarang diadakan ketika bercuti bersama keluarga atau kawan terdekat

Ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan, malah meluangkan masa bersama orang tersayang.

Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan sekumpulan lelaki memakai tudung bagi sebuah pertandingan telah meraih tumpuan ramai.

Lihat video perkongsian itu di bawah:

@harleenquinn

korang tengok peserta ke 6 tu 😂🤣. . #fypシ #fyp #foryou #trending #foryoupageofficial #foryoupage #viral #lawak #irakaza

♬ Funny Song – Bruno Portinho Trilhas para filmes

Masuk contest siapa pakai style tudung paling cantik

Menerusi video yang dimuat naik oleh @harleenquinn di TikTok, kelihatan sekumpulan lelaki berbaju hijau sedang memakai tudung sambil menggayakannya di kawasan luar rumah.

Dalam video itu mereka dilihat memperagakan tudung mengikut gaya masing-masing dalam sebuah pertandingan style tudung yang paling cantik. Mereka juga dipaparkan menunjukkan cara pakai tudung dan berjalan catwalk menuju ke arah kamera.

Dapat dilihat terdapat sepuluh gaya yang dipakai dan pelbagai gelagat sekumpulan lelaki tersebut dalam pertandingan itu. Paling menarik perhatian adalah lelaki yang menggayakan tudung sambil menghisap puntung rokok. Keadaan tersebut telah menimbulkan tawa dalam kalangan mereka.

Image from @harleenquinn (TikTok)

Image from @harleenquinn (TikTok)

“Yang cantik tu mesti jenis suka pakaikan bini tudung atau suka tengok bini pakai tudung haha” – Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 2.8M views, 226.4K likes dan 2,977 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat bermacam-macam gelagat sekumpulan lelaki tersebut dan memberi komen mengenainya.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image from @harleenquinn (TikTok)

Image from @harleenquinn (TikTok)

Image from @harleenquinn (TikTok)

Image from @harleenquinn (TikTok)

Image from @harleenquinn (TikTok)

Image from @harleenquinn (TikTok)

Kelakar betul tengok keletah masing-masing 😀