Tular video sekumpulan wanita bergelek di Bukit Bintang dengan berpakaian seksi

Tular video sekumpulan wanita bergelek di Bukit Bintang dengan berpakaian seksi

 

Tidak kira di mana pun, penonton akan suka dan tertarik dengan persembahan tarian yang dilakukan.

Namun, baru-baru ini tular pula sebuah video yang memaparkan sekumpulan wanita menari dengan tak senonoh telah mencuri tumpuan.

 

Bergelek dengan mengenakan pakaian ‘tak cukup kain’

Menerusi video berkenaan, kelihatan situasi memaparkan rakaman sekumpulan wanita sedang mempersembahkan tarian Bollywood di Bukit Bintang.

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila sekumpulan wanita itu bergelek sambil memakai baju yang seksi. Persembahan itu dilihat tak senonoh dan tak sedap mata memandang.

“Macam tak percaya tarian joget ini dekat KL” – Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 50K tontonan, 1K tanda suka dan 500 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.