Tular video wanita serang & hempuk kekasih anak, didakwa jadi punca hutang Ah Long

Tular video wanita serang & hempuk kekasih anak, didakwa jadi punca hutang Ah Long

 

Sudah banyak kita lihat kes wanita yang diperdaya untuk memberi wang dalam amaun yang banyak kepada kekasih, tunang mahupun suami sehingga terpaksa bergolok gadai.

Terbaru kali ini, tular satu video dari TVPPIM yang dikongsikan semula ke Twitter berkenaan satu kes yang diterima oleh badan NGO tersebut berhubung isu peminjaman wang dari Ahlong.

Makcik serang teman lelaki anak, hempuk dengan handbag

Menurut video itu, seorang wanita katanya telah dianiaya oleh teman lelakinya hingga terpaksa membuat pinjaman dari ahlong demi menampung kehidupan teman lelaki itu yang didakwa sebagai ‘biawak hidup’.

Sanggup 3

Demi menyelesaikan masalah, aduan telah dibuat kepada PPIM dan pihak berkenaan telah menyerbu rumah teman lelaki mangsa yang didakwa menyebabkan punca masalah berlaku.

Namun dek kerana terlalu marah dan tidak dapat menahan perasaan, ibu mangsa telah bertindak menghempuk teman lelaki anaknya dengan beg tangan berkali-kali dan menuduhnya menjadi punca mangsa meminjam dengan ahlong serta terpaksa menanggung hutang.

Video tersebut juga mendedahkan yang anak wanita berkenaan sudah berkesedudukan dengan teman lelakinya buat sekian lama dan lelaki itu juga dikatakan telah meminjam wang ibu teman wanitanya sebanyak RM20,000 untuk dijadikan modal bisnes.

Walau bagaimanapun, lelaki itu menafikan yang dia tahu mengenai wang yang dipinjam dari ahlong dan tidak pernah meminta wang sebanyak itu, namun sebaliknya diberi oleh teman wanita.

Sanggup 4 1

Di akhir video, pihak PPIM dilihat cuba berbincang dengan dua belah pihak dan membawa keluar mangsa dari rumah itu. Kes ini katanya masih dalam siasatan PPIM.

“Dalam kes ini dedua salah”

Video yang tular itu telah mendapat pelbagai respon netizen yang mana rata-rata kurang bersetuju dengan tindakan yang diambil makcik berkenaan dengan memukul teman lelaki anaknya.

Menurut netizen, anak makcik tersebut juga bersalah kerana tinggal berkesedudukan dengan lelaki dan bertindak melulu dengan meminjam daripada ahlong.

Salah Siapa 1

Apa-apapun beringatlah sebelum nak meminjam wang daripada ahlong. Kalau dah terjerat, sampai bila-bilalah hutang tu tak setel.