Tular video Zul Yahya berjalan kaki seorang diri seperti berdepan masalah, isteri tampil cerita hal sebenar

Tular video Zul Yahya berjalan kaki seorang diri seperti berdepan masalah, isteri tampil cerita hal sebenar

VIDEO tular memperlihatkan pelakon Zul Yahya berjalan sendirian seperti sedang berdepan masalah mengundang simpati netizen di media sosial.

Menjawab mengenai rakaman tular itu, isteri kepada Zul iaitu Siti Raihan Mohd Rodzi memberitahu suaminya berada dalam keadaan baik tidak seperti diperkatakan netizen.

Kata Raihan, Zul hanya menenangkan diri dengan berjalan-jalan sendirian pada pagi itu.

 

@zackpulaumutiara8

abg Zul Yahya ada masalah keluarga bejalan kaki dari pukul 4pg sampai skg 8.30pg.kalau ada sapa2 jumpa dia tlg bantu dia.skg ni masih ada dlm negeri Perak #masalahkeluarga #fypシ゚viral

♬ bunyi asal – zackpulaumutiara8 – zackpulaumutiara8

331325471_510513767832076_1578665956742948920_n

Zul Yahya jalan seorang diri buat peminat risau.

“Dia okay sahaja, sekarang ada di rumah… tiada apa-apa.

“Mengenai video itu, tak ada apa. Dia sahaja ambil masa sendiri untuk tenangkan diri dia,” katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin.

Terdahulu, seorang pengguna TikTok memuat naik video mempelihatkan Zul Yahya berjalan bersendirian tanpa diketahui tujuan.

Menerusi ruangan kapsyen, netizen itu meminta orang ramai agar menghulurkan bantuan kepada bekas pelakon itu sekiranya bertemu dengannya.

“Abang Zul Yahya dalam masalah keluarga. Berjalan kaki dari pukul 4 pagi sampai sekarang, 8.30 pagi. Kalau siapa-siapa jumpa dia tolong bantu dia.

“Sekarang ini masih ada dalam negeri Perak. #masalahkeluarga,” tulisnya.

Sementara itu, Raihan memberitahu hubungan rumah tangga mereka berada dalam baik-baik sahaja.

326325398_184238820889221_8389574508246544194_n

Zul Yahya bersama isteri dan anak-anak.

“InsyaAllah, hubungan kami tiada apa,” ujarnya.

Untuk rekod, Zul berkahwin dengan Siti Raihan Mohd Rodzi pada 2007.

Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan enam anak yang tiga daripadanya adalah perempuan.