Tular wanita diberhentikan majikan gara-gara ambil cuti pergi melancong sambil berniaga part-time
Setiap syarikat sudah pasti akan memberikan kuota annual leave untuk dinikmati pekerja
Perkara itu merupakan kelebihan yang dapat digunakan oleh setiap pekerja supaya boleh bercuti dan berehat bersama keluarga.
Namun, baru-baru ini tular sebuah posting yang memaparkan seorang gadis meluahkan perasaan tak puas hati soal budaya tempat kerjanya telah mencuri tumpuan.
Difahamkan, gadis itu memohon annual leave seminggu awal dan telah diluluskan tiga hari sebelum.
Gadis itu bercuti sambil meniaga part time, namun dia menyangka rakan kerjanya screen record IG story dan hantar kepada majikannya. Lebih mengejutkan lagi apabila majikannya memberhentikan gadis itu serta-merta.
Datang ofis nak tuntut hak, tapi bos cakap ‘tak pernah ada staf problematic macam ni’
Gadis itu kecewa apabila diperlakukan seperti itu, baginya perkara ini seolah-olah tidak adil kerana cuti merupakan hak pekerja untuk melakukan apa saja aktiviti.
“Ofismate tu pun dengki pehal, ramai ek jenis pendengki ni. Kita tak kacau orang, orang kacau kita ei” – Netizen
Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 1.9M views, 7K reposts dan 14K likes di laman X, netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut merupakan komen netizen di X:
Lihat posting itu di bawah:
Hmm, apa-apa pun kena refer balik contract dalam offer letter 🙂