Tunai umrah bersama keluarga, kanak-kanak 4 tahun meninggal di Madinah

Tunai umrah bersama keluarga, kanak-kanak 4 tahun meninggal di Madinah

 

Tular beberapa posting di laman Facebook mengenai seorang kanak-kanak perempuan yang mengerjakan ibadah umrah dikhabarkan jatuh sakit sebelum meninggal dunia dipercayai akibat demam panas dan jangkitan kuman, pada Selasa lalu.

Difahamkan, Nur Alesha Ammara Mohamad Amirul menghembuskan nafas terakhir di Madinah dan dikebumikan di tanah perkuburan Jannatul Baqi Madinah yang terletak di dalam kawasan Masjid Nabawi.

Berita duka itu dimaklumkan oleh bapa saudara Nur Alesha iaitu Afiq Zulhafiz Afiq menerusi satu hantaran di laman Facebook dengan memuat naik beberapa keping gambar anak syurga tersebut.

Innalillahiwainnailaihirajioun

“Mendapat perkahabaran berita yang menyedihkan buat kami sekeluarga, dikhabarkan anak saudara saya Nur Alesha Ammara telah pergi meninggalkan kita pada jam 3.05 petang waktu Madinah Al Munawwarah.

“Semoga dikurniakan syurga dan ditempatkan di kalangan para solihin aminn yaa Rabbal Alaminn. Terima kasih buat saudara2, sahabat2 handai semua yang mendoakan kesihatan beliau.

“Buat saudaraku Amirul Zul, perancangan Allah itu sebaik2 perancangan. Allah SWT mengetahui apa yang terbaik buat kalian sekeluarga, semoga dipermudahkan segala urusan kalian disana hendaknya,” tulisnya.

Umrah bersama keluarga

Seorang lagi ahli keluarga, Hafizzatul Munira yang juga menyertai rombongan umrah berkenaan turut meluahkan kesedihan atas pemergian kanak-kanak berusia empat tahun itu.

Menerusi catatan di Facebook, dia menyifatkan kanak-kanak itu bertuah kerana disolatkan dan didoakan oleh ribuan jemaah selain dikebumikan berdekatan makam Rasulullah SAW serta ribuan sahabat baginda.

Kematian dicemburui, meninggal di tempat suci

Ratusan umat Islam berebut masuk Baqi, tiap hari Alesha akan didoakan

Sementara itu, seorang pemuda @muhddhuha02 turut berkongsi sebuah video di laman Instagram memaparkan momen para jemaah mengiringi jenazah Nur Alesha dan proses pengebumian jenazah kanak-kanak berkenaan.

Semoga adik tenang di sana