“Tunang cakap selagi tak turun 55 kilogram dia tak nak kahwin” – Zarina Anjoulie

“Tunang cakap selagi tak turun 55 kilogram dia tak nak kahwin” – Zarina Anjoulie

 

Umum mengetahui selebriti sensasi, Zarina Anjoulie yang kini sedang diulik bahagia apabila baru sahaja mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hati, Datuk Seri Khazrul Alzey.

Terbaharu, Zarina atau mesra disapa Anju berseloroh di laman Instagram mengenai perkembangan persiapan hari bahagianya bergelar raja sehari.

Selagi tak dapat 55kg, tak boleh kahwin lagi

Menerusi hantaran dikongsikan di laman Instagram, Anju berseloroh dengan mengatakan tunangnya tidak akan mengahwininya selagi tidak mendapat berat badan ideal.

“Tunang cakap kalau selagi tak sampai 55 kg, dia tak nak kahwin lagi guys,”seloroh Anju di ruangan kapsyen hantaran tersebut.

Baru 58.7kg, jauh lagi perjalanannya…

Dalam hantaran sama, Anju turut berkongsi berat terkininya yang baru mencapai 58.7kg dan meminta agar tunang dan semua orang bersabar kerana dia sedang berusaha mencapai target.

“Jauh lagi perjalanannya bang. Harap sabarlah ya,”ujar Anju.

Makin kurus, makin cantik!

Rata-rata warganet memuji kecantikan pemilik nama Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul yang kelihatan semakin kurus, selain memiliki bentuk badan menarik.

Tidak kurang juga ada yang tidak berpuas hati dengan syarat yang ditetapkan oleh tunang kepada pelakon filem Hantu Kuat Ketawa kerana mementingkan berat badan.

Terdahulu, media melaporkan Anju bertunang pada hujung bulan lalu sehingga menarik perhatian ramai kerana kelihatan manis berbaju kurung dan bertudung.