Tutup 2 kilang sambal Nyet, Khairul Aming bawa semua staf ‘shopping’ raya siap bagi bonus raya mengejut

Tutup 2 kilang sambal Nyet, Khairul Aming bawa semua staf ‘shopping’ raya siap bagi bonus raya mengejut

 

Pempengaruh dan juga usahawan terkenal, Khairul Aming telah berkongsi video membawa staf-staf yang berkerja di dua buah kilangnya pergi membeli kelengkapan raya sempena Aidilfitri tidak lama lagi.

Belanja baju raya

Menerusi video yang dikongsikan di media sosial, Khairul Aming memaklumkan yang dia telah menutup operasi kedua-dua buah kilangnya di Kelantan selama satu hari demi menggembirakan para pekerja.

Bawa berbuka di hotel

Tak hanya itu, pempengaruh berkenaan juga membawa mereka semua berbuka di hotel dan turut memberikan bonus sempena Aidilfitri beberapa minggu lagi.

Tambahnya, dia turut telah merancang untuk membawa para pekerja bercuti selepas hari raya nanti.

‘Tebal’ betul bonus raya dia beri

Perkongsian yang dibuat oleh Khairul Aming atau nama sebenarnya, Khairul Amin Kamarulzaman itu mendapat perhatian ramai terutamanya warganet apabila melihat jumlah bonus yang diberikan kepada para pekerjanya.

Lagi banyak beri, lagi banyak dapat

Susulan daripada itu, ramai yang meninggalkan komen memuji tindakan bijak pengasas Sambal Nyet itu dalam menghargai para pekerja yang menjadi penggerak kepada perkembangan perniagaan yang diusahakan olehnya.

Mereka juga berharap agar para founder dan majikan menjadikan pemuda berusia 31 tahun itu sebagai contoh dalam menghargai staf yang bertungkus lumus memajukan lagi perniagaan.

Teringin kerja dapat bonus macam ni

Tumpang seronok tengok mereka gembira

Untung para staf kebajikan sentiasa terjaga

Untuk rekod, Khairul Aming telah membuka kilang pertamanya pada tahun 2021 dan diikuti kilang kedua pada tahun 2022. Kedua-dua kilang tersebut telah dibuka di Kelantan.

Perniagaan yang dibangunkan oleh pempengaruh tersebut sedikit sebanyak membuka peluang pekerja di kampung halamannya kerana menggaji anak-anak tempatan bagi memproses Sambal Nyet yang sentiasa mendapat permintaan tinggi di Malaysia.