UAI perjelas hukum ambil duit raya anak yang ramai ibubapa tak tahu
Satu tradisi yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Melayu ketika Hari Raya iaitu berkongsi rezeki dengan memberi duit raya. Namun, ada segelintir golongan ibu bapa yang mengambil duit tersebut untuk kegunaan sendiri.
Apakah hukumnya? OhBulan! kongsikan pencerahan berkenaan isu ini.
Haram ambil & wajib bayar semula
Tidak dinafikan bahawa kadang kala kehidupan berkeluarga sememangnya mencabar terutama jika dilanda masalah kewangan sehingga ada ibu bapa yang terpaksa mengambil duit anak-anak.
Menerusi satu perkongsian petikan ceramah agama daripada penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus, menjelaskan bahawa hukum menggunakan duit raya anak-anak adalah haram.
Perkara ini sering berlaku dalam masyarakat kita. Ramai yang buat macam ini, curi duit anak. Ada di antara kita yang menggunakan duit raya anak-anak untuk beli spoiler, bayar road tax motor…
Dia ambil duit anak untuk berbelanja hukumnya haram.
Menurutnya lagi, konsep mengambil duit raya anak adalah sama seperti berhutang maka adalah wajib untuk ibu bapa membayarnya semula.
Bagaimanapun, jika keadaan ibu bapa anak-anak itu terdesak maka dibolehkan untuk mendahulukan duit anak-anak. Tetapi kewajipan untuk melunaskan hutang duit anak-anak tetap sama.
Boleh menggunakan duit raya anak-anak, pinjam sekejap jika berada dalam keadaan terdesak contohnya bekalan elektrik akan dipotong jika tidak dibayar. Yang mana masalah itu juga akan mendatangkan kemudaratan kepada anak-anak.
Jadi boleh menggunakan duit raya anak-anak untuk bayar bil elektrik tetapi tetap wajib untuk membayar semula.
Diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda agar tidak mengambil duit anak-anak dengan sewenang-wenangnya.
@sinar_dgital #ceramah #ceramahislam #ceramahramadhan #ceramahpuasa #majlisilmu #dakwah_islam #duutraya #tiktokmalaysia #tiktokviral #tiktoktrending #tiktokfyp #fyp