Ubai tampil jawab dakwaan hubungan dengan Shila Amzah dikatakan sudah putus

Ubai tampil jawab dakwaan hubungan dengan Shila Amzah dikatakan sudah putus

 

Pempengaruh Ubai memohon orang ramai mendoakan yang baik-baik berkenaan hubungannya dengan penyanyi Shila Amzah yang dikatakan sudah berpisah.

Enggan menjelaskan lebih lanjut, Ubai menyatakan setiap pasangan pasti melalui detik pasang surut dalam hubungan mereka.

“Apa yang ditulis di Instagram itu, biasalah… Setiap hubungan itu ada pasang surutnya. Doalah yang baik-baik.

“Biasalah hubungan… Mana-mana hubungan tidak kira sama ada kekasih ke, keluarga atau sebagainya ada pasang surutnya.

“Mungkin sekarang masanya adalah surut. Lepas tu nanti mana tahu dah kembali okay? Doakan sahaja yang baik-baik,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu Ubai juga menafikan dakwaan netizen yang mengatakan pengumuman Shila itu adalah disebabkan gimik lagu.

“Nak buat lagu itu tak adalah sebab sepanjang saya dengan dia tak ada lagi dia tulis lagu.

“Berkenaan pertukaran status, netizen boleh berkata apa sahaja, saya anggap itu perkara biasa sebab kita tak boleh nak tutup mulut semua orang.

“Lebih molek sekiranya kita bercakap benda yang baik daripada mendoakan perkara yang tidak baik. Itulah yang saya boleh komen setakat ini,” jelasnya.

Terdahulu, Shila seolah-olah memberi bayangan seperti sudah memutuskan hubungan cintanya dengan Ubai.

Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya telah mengucapakan terima kasih di atas segalanya selama lima bulan hubungan mereka jalinkan.

Shila sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018, namun ikatan perkahwinan tidak berpanjangan apabila bercerai pada Februari 2022.

Hasil perkahwinan, Shila dikurniakan anak lelaki, Seth Uwais yang kini berusia dua tahun.