Ucap terima kasih untuk 5 bulan terindah, Shila Amzah bagi ‘hint’ dah berpisah dengan Ubai?

Ucap terima kasih untuk 5 bulan terindah, Shila Amzah bagi ‘hint’ dah berpisah dengan Ubai?

 

Sedia maklum, selebriti Shila Amzah dan kekasihnya, Ubai sering menjadi perhatian selepas mengumumkan status hubungan mereka secara umum di media sosial.

Boleh dikatakan pasangan ini sentiasa ada untuk satu sama lain sepanjang mereka bersama dan berkongsikan banyak momen-momen bahagia di laman media sosial mereka.

Bagaimanapun, hantaran terbaru Shila di Instagram telah menimbulkan tanda tanya kerana kapsyen yang diletak seakan-akan memberi gambaran sudah berpisah dengan kekasih selepas 5 bulan bercinta.

Dalam hantaran tersebut, penyanyi tersebut mendoakan agar Ubai sentiasa dilimpah ruahkan rezeki serta akui lelaki tersebut merupakan seseorang yang sangat baik buatnya.

Malah, Shila juga berkata akan sentiasa mengingati memori mereka ketika bersama selamanya.

komen netizen

komen netizen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen seakan tertanya-tanya sama ada hubungan mereka sudah benar terputus dan ada juga meninggalkan kata sokongan buat Shila serta Ubai.

Sebelum ini, Ubai pernah meluahkan hasrat untuk mengambil langkah seterusnya iaitu meminang Shila Amzah sebagai isteri.