“Udah moden komer” – Gelagat Opah check kebun durian guna dron undang perhatian netizen

“Udah moden komer” – Gelagat Opah check kebun durian guna dron undang perhatian netizen

 

Siapa saja yang tak suka makan durian, lebih-lebih lagi di Malaysia ini bukan?

Terasa nikmat betul bila sekali-sekala dapat makan durian kampung. Apatah lagi bagi mereka yang mempunyai kebun di kampung, memang puas dapat makan berulas-ulas bila tiba musim raja buah ini.

Baru-baru ini. tular sebuah video di TikTok memaparkan gelagat seorang opah menggunakan dron untuk memantau kebun duriannya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @sitimuzainahmarju (TikTok), opah itu juga mengatakan dia menggunakan dron untuk pengurusan data atau data management kebunnya memandangkan zaman sekarang sudah moden.

“Opah pegang drone, udah moden sekarang. Opah kaji kebun, data management. Kome tau dak, sekarang doyan Perak Tengah udah luruh. Kome nak doyan apa? Doyan paduka, kucing tidur, doyan kunyit? Semua ada,” katanya.

@sitimuzainahmarju

Opah guna dron cek durian..ingat org muda je pandai guna kan#durianperakudohluroh#peminattegardurian#fypシ

♬ original sound – Mawar mewangi – Mawar mewangi

Susulan tularnya video tersebut yang kini sudah meraih 991K tontonan di TikTok, netizen sangat terhibur melihat gelagat opah yang sempoi dan ramai yang meninggalkan komen lucu

Image from @sitimuzainahmarju (TikTok)

Image from @sitimuzainahmarju (TikTok)

Image from @sitimuzainahmarju (TikTok)

Image from @sitimuzainahmarju (TikTok)

Bukan biasa-biasa opah ni, hebat!