Ugut batalkan lesen pusat memandu, wargamaya bidas idea mengarut JPJ

Ugut batalkan lesen pusat memandu, wargamaya bidas idea mengarut JPJ

Gila jenis apa ni? JPJ akan gantung atau tarik balik lesen institusi memandu sekiranya ramai bekas pelajar institusi tersebut melakukan kesalahan lalu lintas.

Susah aku nak hadam. Institusi memandu hanya bertanggungjawab mengajar. Kalau dah pandai, pemandu buat gila, apa kena mengena dengan institusi itu?

Bukannya institusi itu jaga pemandu tersebut. Lepas mereka lulus, mereka pun tak ingin nak pergi ke institusi memandu itu. Bukankah tindakan ini zalim?

Lainlah kalau ramai pelajar yang gagal ketika ujian. Barulah boleh kata pelajar itu tidak diajar dengan betul. Kalau pelajar itu lulus, maknanya institusi itu telah jalankan tanggungjawab mereka.

Lebih sesuai kalau nak gantung tugas atau pecat pegawai JPJ yang luluskan pelajar tersebut. Sebab dia luluskan seseorang bakal melakukan kesalahan lalu lintas!

Tapi tetap tak boleh. Sebab yang lakukan kesalahan adalah individu. Dan kadangkala undang-undang itu sendiri yang mengarut. Jalan lurus, luas dibuat double line. Memanglah orang memotong juga.

Atau kalau macam lori, tarik balik lesen perniagaan syarikat lori tersebut. Sebab mungkin syarikat itu berikan insentif yang mendorong pemandu langgar peraturan trafik untuk cepat sampai dan diberi insentif.

Memang ini masih di peringkat cadangan lagi. Persoalannya, bagaimana cadangan sedangkan ini boleh datang daripada JPJ? Dah tak mampu fikir dengan waras ke?

Aku tahu ada kluster mahkamah di kalangan ahli politik. Tapi tak sangka ada kluster dungu di kalangan agensi kerajaan.

Sumber – FB Raja Gelap