Ugut sebar gambar lucah bekas kekasih, nama Haqiem Stopa jadi bualan warganet

Ugut sebar gambar lucah bekas kekasih, nama Haqiem Stopa jadi bualan warganet

Polis mengesahkan menahan seorang lelaki yang juga ikon permotoran selepas disyaki mengugut menyebarkan gambar lucah bekas kekasihnya, semalam.

Memetik Harian Metro, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, polis menahan suspek selepas menerima laporan polis dibuat oleh mangsa.

Menurutnya, suspek direman empat hari bermula hari ini hingga 13 Disember ini bagi membantu siasatan.