Ulamak PAS dakwa penganjur lemah iman sebab batalkan ceramah isterinya

Ulamak PAS dakwa penganjur lemah iman sebab batalkan ceramah isterinya

 

1. Ketua Ulamak PAS Wilayah Dr Azahar Yaakub boleh ukur ‘lemahnya iman’ pihak yang batalkan Kuliah Isterinya Ustazah Norhafizah Musa di Masjid Wilayah.

2. Khawarij sesat bukan kerana lemah ibadah atau ilmunya, tapi kerana ghuluw dan gelojoh menghukum keimanan orang lain seperti yang berlaku ini.

3. Kalau walaun bawahan yang kata, bolehlah diaggap bukan dasar PAS, tapi ini antara pimpinan utama Dewan Ulamak.

4. Walhal banyak sebab kenapa pembatalan itu wajar.

5. Ustazah Norhafizah ialah Ahli Majlis Syura Ulama PAS iaitu badan tertinggi dalam PAS.

6. Dia juga terang2 berkempen PN di medsos semasa PRU lepas.

7. Dr Azhar pernah manipulasi doa untuk hentam lawan politiknya (kelompok Erdogan) semasa Muktamar 2015.

8. Urusan Hal ehwal agama adalah dibawah kuasa YDPA, Sultan dan Raja-Raja.

9. Raja-Raja bertitah agar masjid2 menjadi pusat menyatukan ummah dan bukan tempat ahli politik sebarkan dakyah.

10. Masjid2 harus bebas dari sebaran fikrah Khawarij yang berleluasa pecahbelahkan umat Islam sekarang.

Ahmad Mursi ✍️