Ular minum air dengan menyedutnya melalui mulut seperti straw minuman besar

Ular minum air dengan menyedutnya melalui mulut seperti straw minuman besar

 

Hidup bersendirian, ular adalah haiwan reptilia yang tinggal di tempat tersembunyi bagi melindungi diri dari bahaya.

Mengikut kajian, terdapat lebih kurang 159 spesies ular yang mendiami di seluruh kawasan sekitar Semenanjung Malaysia.

Dikenali sebagai haiwan yang berbahaya dan mampu membunuh manusia, pernahkah anda terfikir bagaimana cara ular minum air?

Sering berkongsi fakta mengenai haiwan, terdapat satu akaun Twitter berkongsi satu rakaman ular yang tular di media sosial.

Menerusi video yang berdurasi 24 saat, terlihat haiwan yang berbahaya itu sedang ‘asyik’ minum air dari cawan plastik.

Menghilangkan dahaganya, reptilia tersebut memasukkan keseluruhan kepalanya di dalam cawan tersebut dan kuantiti air itu terlihat berkurang.

Menurut akaun tersebut, ular meminum air dengan cara ‘menyedut’ cecair itu melalui mulutnya seperti menggunakan penyedut minuman.

“Jika ada satu perkara yang anda harus pelajari hari ini. Belajar mengenai ini. Ular minum air dengan menyedutnya seperti menggunakan straw minuman besar,” ciap @todayyearsoldig.

Setakat ini, video tersebut telah mendapat sebanyak 1.5 juta tontonan dan diciap 2,628 kali oleh pengguna Twitter.