Ular sawa gergasi ditemui dalam tasik di Melaka

Ular sawa gergasi ditemui dalam tasik di Melaka

 

Ular merupakan sejenis haiwan yang berasal dari keluarga reptilia dan dipercayai mempunyai ribuan jenis spesies, dari yang berbisa dan juga tidak berbisa.

Ular tedung merupakan antara spesies yang paling ditakuti kerana mempunyai bisa yang mampu membunuh haiwan yang besar dan manusia.

Selain ular tedung, spesies lain yang sering ditemui di Malaysia ialah ular sawa batik yang mempunyai cara unik memburu iaitu dengan membelit mangsa sehingga mati.

Ular sawa juga dikenali sebagai spesies ular yang terpanjang boleh ditemui di dunia selain daripada anaconda yang ditemui di kebanyakan negara amerika selatan.

Bercakap soal ular sawa, baru-baru ini tular sebuah video di media sosial yang menunjukkan penemuan seekor ular sawa bersaiz gergasi di sebuah tasik.

Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama @masjidilnabawi86 telah menunjukkan penemuan tersebut.

Berdasarkan video muat naik tersebut, penemuan ular sawa gergasi itu dipercayai telah ditemui di dalam sebuah Tasik di Ayer Keroh, Melaka.

Menerusi penelitian video itu lagi, selain badannya yang bersaiz besar, ular itu juga kelihatan sangat panjang. Apabila dilihat secara kasar dari hujung kepala sehingga ke ekornya, ular itu boleh dikatakan sangat panjang dan menakutkan.

“Kemain besar lagi ular sawa. Besar dan panjang,” kata lelaki tersebut di dalam video tersebut.

Sehingga kini, muat naik video tersebut telah ditonton oleh pengguna media sosial tersebut melebihi 1.3 juta tontonan.

Video mendapat reaksi pelbagai dari penonton

Selain itu, muat naik video itu juga telah mendapat reaksi yang pelbagai daripada orang ramai. Mereka juga dilihat telah meninggalkan komen mereka setelah melihat video tersebut.

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Dekat tasek Ayer Keroh tu apa je tak ada? Buaya besau bas pon ada,” tulis seorang netizen selepas menonton video tersebut.

“Pernah join team building dekat sini. Siap berkayak & terjun dalam tasik tu. Adoi mujur lah tak apa-apa,” tulis seorang netizen yang mempunyai pengalaman mandi di tasik tersebut.

“Buaya pun ada situ bang, hati-hati. Besar jugak saya jumpa,” tulis seorang lagi yang dipercayai pernah melihat buaya di tasik yang sama.

@masjidilnabawi86

#ularsawaditasikayerkeroh #takpastibenaratautak

♬ original sound – masjidilnabawi37 – masjidilnabawi37