Ulasan : Zahid tersepit, Ketua Pegawai Media BN jadi kambing hitam

Ulasan : Zahid tersepit, Ketua Pegawai Media BN jadi kambing hitam

Mungkin akibat tertekan dengan desakan demi desakan agar berundur dari jawatan presiden yang disandangnya bagi memberi laluan semula kepada bekas bosnya, Najib Razak, lalu Zahid dilihat semakin kerap melakukan kesilapan mudah dalam menguruskan partinya.

Terbaharu, Zahid dikecam hebat oleh komponen Perikatan Nasional akibat kesilapan mendedahkan kandungan kenyataan medianya kepada umum, yang dilihat senada dengan apa yang dikeluarkan oleh Pakatan Harapan melalui ketuanya Anwar Ibrahim.

Tidak cukup dengan sindiran rakan sepengkhianatannya sendiri, rakan komponen dalam BN yang begitu taat selama ini juga mulai berani mengangkat muka memalukannya secara terbuka. Jelas ianya sangat mengaibkan, sesuatu yg tidak pernah berlaku terhadap presiden UMNO sebelum ini.

Dalam kenyataan balas, MCA dan MIC bukan sahaja menafikan malah mendakwa kenyataan Zahid itu tidak seperti yang dibincangkan. Menambah derita, UMNO Perlis di bawah kepimpinan Shahidan sendiri menegaskan untuk terus bekerjasama dengan Bersatu dalam PRU 15 nanti, kenyataan yang dilihat tidak selari dengan pengumuman Zahid menarik UMNO keluar dari persepakatan Perikatan Nasional baru-baru ini.

Demi mengelakkan imej Zahid terus tercalar, mahu tidak mahu seseorang perlua menjadi kambing hitam buat menutup kelemahannya itu. Terbaharu, satu kenyataan media melalui pejabat Setiausaha Eksekutif UMNO memaklumkan berlaku kekeliruan kandungan kenyataan media presiden yang dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Media BN semalam.

Sebagai hukuman terhadap kerja ‘sambil lewa’ pegawai tersebut, Jawatankuasa Siasatan Dalaman yanh diarahkan menyiasat perkara itu mengesahkan pihak yang terbabit telahpun digantung tugasnya selama sebulan.

Namun, ramai yang mengikut rapat drama ini menganggap hayat Zahid selaku presiden UMNO bakal tiba kepenghujung. Bersatu, dengan bantuan musuhnya sendiri di dalam UMNO dilihat bakal berjaya menjatuhkan Zahid dalam pemilihan akan datang. Cuma samada kejatuhannya secara terhormat atau penuh dengan kehinaan.