“Umi pun kembung” – Fizo Omar umum isteri hamil lima bulan

“Umi pun kembung” – Fizo Omar umum isteri hamil lima bulan

 

Tak sampai setahun Fizo Omar dan isteri,  Fazeera Nazri menimang cahaya mata, pelakon tersebut mengumumkan bakal menerima kehadiran ahli baru lagi dalam keluarga.

Beza cuma 11 bulan

Menerusi Instagram Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, dia telah memberikan khabar gembira apabila anak mereka, Wan Khaleeda bakal menjadi ‘kakak’ apabila Fazeera hamil anak kedua.

Isteri hamil 5 bulan

Menerusi kapsyen yang disertakan, Fizo telah berkongsi emoji keluarga dan mengucapkan syukur diatas rezeki dari Allah S.W.T.

Dia juga memaklumkan yang isterinya kini sudahpun melepasi trimester pertama dan sedang hamil 5 bulan.

‘Kilang’ masih buka

Di akhir perkongsian tersebut, pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa ini memaklumkan yang jarak anak pertamanya bersama Fazeera adalah 11 bulan dan sempat berseloroh mengatakan ‘kilang’ sentiasa buka.

Muat naik itu telah dihujani dengan maklum balas daripada kenalan dan peminat yang rata-rata mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut. Mereka juga mendoakan agar urusan isteri Fizo dipermudahkan sehingga bersalin nanti.

Geng anak rapat

Nanti besar seronok semua sebaya

 

Untuk rekod, Fizo dan Fazeera telah melangsungkan pernikahan pada Oktober 2021. Mereka telah dikurniakan cahaya mata pertama, Wan Khaleeda yang belum pun berusia setahun.

Pelakon tersebut pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan terkenal, Mawar Karim sebelum berpisah pada 2019. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan dikenali sebagai Wan Maryam.