UMNO anggap parti Mat Sabu hina budi bicara Agong

UMNO anggap parti Mat Sabu hina budi bicara Agong

 

PARTI PAN HINA BUDI BICARA YDP AGONG

Parti yang dipimpin oleh Mohamad Sabu lebih wajar dipanggil sebagai parti PAN bukan parti Amanah. PAN hanya layak jadi kawan politik bukan sahabat perjuangan.

Sebelum ini Pengarah Komunikasi PAN Khalid Samad mendesak agar YDP Agong menolak pengampunan Najib. Itu pendirian rasmi PAN sebab tiada penafian oleh Mohamad Sabu.

Apatah lagi Salahuddin Ayub mahu penyokong Najib terbuka dengan keputusan Lembaga Pengampunan. UMNO tidak ada masalah pun. UMNO akur proses perundangan

Masalahmya ialah PAN. Kenapa beri tekanan agar permohonan pengampunan itu ditolak. UMNO tidak bising pun bila Lembaga Pengampunan tidak bincang kes Najib dua hari lalu.

UMNO memohon secara tertib. Masalahnya PAN desak YDP Agong menolak permohonan pengampunan Najib yang disokong oleh UMNO.

Maka PAN yang tidak tertib. PAN yang hina budi bicara YDP Agong. PAN secara jelas tolak kuasa mutlak YDP Agong bila buat desakan itu

Sebab itu memang susah bersahabat dengan PAN. Hanya boleh jadi kawan. Kawan yang tidak beri jaminan Kerajaan Perpaduan boleh kekal. Kawan makan kawan.

Dr Puad Zarkashi
Ahli Majlis Tertinggi UMNO