UMNO dakwa Najib dizalimi hakim mahkamah rayuan

UMNO dakwa Najib dizalimi hakim mahkamah rayuan

Nampaknya ratapan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan bersalah Mahkamah Tinggi sebelum ini masih terus kedengaran.

Menurut laporan portal FMT, Umno melahirkan rasa dukacita terhadap keputusan rayuan kes rasuah SRC International Sdn Bhd membabitkan bekas Perdana Menteri Najib Razak, semalam.

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan, berkata partinya berharap agar keputusan rayuan Najib di Mahkamah Persekutuan kelak dapat diadili dengan saksama.

“Menzahirkan rasa dukacita terhadap keputusan rayuan kes Najib. Tanpa hilang hormat kepada keputusan Mahkamah Rayuan tersebut.

“Ramai beranggapan bahawa beberapa tokoh yang dituduh selepas PRU14 adalah kerana bermotifkan pendakwaan politik. Umno percaya bahawa sistem kehakiman negara perlulah sentiasa menjunjung prinsip keadilan yang tinggi,” katanya dalam satu kenyataan selepas mesyuarat MKT Umno, semalam.