Umno harus terima realiti politik tidak boleh gerak sendirian, kata Annuar Musa

Umno harus terima realiti politik tidak boleh gerak sendirian, kata Annuar Musa

UMNO harus menerima realiti politik bahawa parti itu tidak boleh bergerak bersendirian dan memerlukan rakan-rakan strategik bagi memperkukuhkan kedudukan negara dan kebajikan rakyat.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa memberitahu, tidak salah untuk UMNO melakukan gabungan dengan parti-parti lain walaupun tidak disukai, namun mempunyai dasar dan matlamat serta halatuju yang sama.

“Tak salah kita berkerjasama. Jangan pula diambilnya musuh yang nyata tetapi tolak kawan yg setia.

“Jangan takut dgn bayang bayang atau polong rekaan. Takutkan kucing peliharaan,tapi menyerah pada serigala di hutan,” katanya menerusi kenyataan dalam laman Facebook miliknya, hari ini.

Dalam pada itu, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh menyeru agar parti itu tidak lupa terhadap pengorbanan rakyat yang selama ini telah mengundi serta menyokong UMNO dan inilah masanya untuk membalas budi mereka

“Buat teman seperjuangan, sayangi parti kita dengan terus berkhidmat dengan baik, jujur dan beramanah. Jaga nama baik parti.

“Rasuah, pecah amanah, penyelewengan kuasa, sombong, ego dan lain-lain yang dibenci rakyat jangan kita mendekatinya,” jelasnya.

Beliau juga meminta pemimpin-pemimpin UMNO agar jangan membelakangkan keputusan parti yang dibuat bersama.

Berita penuh: http://www.pnbbcportal.com/2021/01/12/umno-tak-mampu-bergerak-sendirian-mesti-gabung/?fbclid=IwAR1qMPWP75SJ3tla_Ufc8egz2RWGV7wOhaR7vfMadmWAwR5Sd5SX5oQOlZo