Umno Putrajaya pendek akal!

Umno Putrajaya pendek akal!

Dengan catatan kes mencecah angka empat ribu pada hari ini (16/01/21), apa yang lebih membangkitkan kemarahan adalah tindakan Pemuda UMNO Putrajaya yang membuat edaran ayam beku percuma secara berpusat. Insiden ini dilaporkan telah mencetuskan kesesakan yang tidak terkawal di kawasan tersebut.

Dakwaan bahawa mereka telah mendapatkan kelulusan pihak berkuasa akhirnya terjawab dengan penafian pihak Polis Putrajaya. Ini sekaligus membuktikan berlakunya salah guna kuasa.

Pemuda AMANAH Wilayah Persekutuan dengan ini menggesa agar pihak polis mengambil tindakan tegas tanpa mengira kecenderungan politik. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) kali ini merupakan titik yang lebih kritikal dibanding PKP 1.0. Sudah masanya kerajaan penguatkuasaan kerajaan ditonjolkan dengan imej yang lebih tegas agar menjadi contoh tauladan untuk diikuti rakyat.

Asmaaliff Bin Abdul Adam
Ketua Pemuda AMANAH Wilayah Persekutuan