Umno Sabah sedia kerjasama dengan Bersatu, sekiranya dapat kerusi yang cukup

Umno Sabah sedia kerjasama dengan Bersatu, sekiranya dapat kerusi yang cukup

Kerjasama antara UMNO Sabah dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah akan dikekalkan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, pihaknya akan mempertahankan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang ada ketika ini.

Justeru, katanya kerjasama yang ada ketika ini harus dikekalkan dalam PRU akan datang.

Bagaimanapun, ia bergantung kepada persetujuan pembahagian kerusi-kerusi yang akan dipertandingkan.

“Di Sabah kita mempertahankan kerajaan GRS… sudah tentu sekiranya ada pengagihan kerusi-kerusi yang tepat, kita akan terus bekerjasama.

“Ia untuk memastikan semua calon kita menang, rundingan pembahagian kerusi memang berjalan.

“Kita menghormati pandangan semua pihak,” jelas Ahli Parlien Kinabatangan itu.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Kinabatangan, di Sandakan, pada Sabtu.

Menurut Bung Moktar, ketika ini rundingan mengenai pembahagian kerusi-kerusi parlimen bagi menghadapi PRU15 sedang berjalan.

Terdahulu, Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, kerjasama PRU-15 hanya membabitkan UMNO dan Pas tanpa Bersatu.

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-politik/umno-sabah-kekalkan-kerjasama-dengan-bersatu-untuk-pru15-275734