Ungkit isu kekerasan pada Diana Danielle, Syamsul bakal saman Farid Kamil

Ungkit isu kekerasan pada Diana Danielle, Syamsul bakal saman Farid Kamil

Setelah Sarah mendedahkan Syamsul Yusof ‘naik tangan’ di hari prosiding 2 minggu lepas, kemudian aktor Farid Kamil pula dipercayai memuat naik status panjang yang seolah-olah memaksudkan kepada pengarah terkenal berkenaan. Dakwaan berkenaan ada kaitan dengan isu kekerasan yang dipercayai dilakukan pihak Syamsul kepada Diana Danielle sekitar 2005.

Must be something special about him, kan? Sebab report tiada tindakan

Tambahnya lagi, saat itu tiada tindakan susulan daripada pihak berkuasa yang diambil ke atas Syamsul. Namun saat isu itu menghangat, Syamsul cuma berdiam diri dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan untuk membidas sindiran pelakon filem ‘Lagenda Budak Setan’ terbabit.

 

Kita dah tua bro, apa kau nak buat game budak-budak? Baik fokus kerja

Akhirnya pada semalam melalui temu bual dengan pihak media, Syamsul cuma memberikan jawapan pendek iaitu dia bakal membawa isu tersebut kepada tindakan saman. Di usia yang sudah semakin bertambah, sudah pasti dia malas melayan isu-isu remeh seperti yang dibangkitkan oleh Farid Kamil tempoh hari.

Saya malas nak main game media sosial…Kita dah tua, nak cari rezeki

Walaupun kini sudah tidak aktif bermain media sosial, Syamsul berkata segala berita-berita mengenai dirinya diketahui daripada pemberitahuan kawan-kawan lain.