“Untunglaa, jual RM10 seketul, 100 ketul dah dapat seribu sehari, 30 hari 30 ribu” – Pelanggan tak puas hati harga mahal

“Untunglaa, jual RM10 seketul, 100 ketul dah dapat seribu sehari, 30 hari 30 ribu” – Pelanggan tak puas hati harga mahal

 

Laju je mulut tu nak mengkritik harga yang peniaga letak. Lagi-lagi kalau tengok macam harga ayam dalam gambar ni. Peniaga jual peha ayam RM10 seketul.

Belum lagi, sindiran-sindiran pedih sebab nak meluahkan rasa tak puas hati sebagai pelanggan.

Sebelum berkata-kata, cubalah hadamkan kos yang peniaga perlu tanggung dalam setiap produk yang dihasilkan.

Perkongsian Mohd Khalis Raouf ini mendapat bermacam reaksi daripada netizen. Malah, tulisannya itu juga dikongsikan lebih 9 ribu pengguna media sosial.

“Fuhhhh. untunglaaa. Jual rm10 seketol. 100 ketul dah dpt seribu sehari. 30 hari 30 ribu. Perghhhh

Bangun setelah berehat sebentar membasuh peralatan2 berniaga semalam. Peniaga pergi ke pasaraya utk membeli barangan jualan.

Harga whole leg ayam saiz sederhana antara rm4-rm5.

Dibeli juga bahan2 rempah ratus perapan

Ni niaga gi haji balik hari ni
Camni la orang berniaga. Untung xnak kurang
Esok lusa guna vellfire gamaknya jual mahal2
Kalau dlm berniaga xde rasa nk beramal. Cmnila

Barangan sos

Barang2 pembungkusan.

Keluar dari rumah dalam pukul 9 pagi. Selepas dalam sejam setengah ke sana ke sini melengkapkan barangan2 niaga. Tiba dalam pkl 10.30 pg.

Terus dibasuh ayam2 yg dibeli. Selepas itu diperap. Setelah itu masak pulak sos.

Selesai persiapan sudah hampir zohor.

Berehat sebentar melepas lelah. Dianglat barang2 dlm kenderaan berniaga.

Setiba di tapak niaga. Di susun dulang2. Penyepit. Arang dibakar.

Di bawah panas petang mulalah proses membakar.

Alhamdulillah. Habis semuanya 100 ketul ayam yg dijual dengan harga rm10 seketul.

Kayo.

Rm1000 sehari berniaga. Kan.

Sebelum pulang. Setelah siap2 mengemas. Pekerja2 di bayar gaji harian.

Tauke balik rumah. Gembira.

Duduk di depan tv sementara tunggu Isyak selepas mandi tadi. Mengeluarkan buku catatan perbelanjaan.

Ayam 100 ketul x rm4.50 = rm450
Gaji pekerja rm45x3 orang = rm135
Kos rempah perapan = rm60
Kos sos = rm60
Kos minyak kenderaan niaga= rm10
Sewa tapak 250/30hari = rm8
Kos arang = rm30
Kos bahan2 membungkus = rm35
Elaun makan pekerja = rm30
Modal backup = rm50

Lebih kurang rm850. Ada baki rm150 utk disimpan.

Isteri di dapur bertanya. Abang. Ramai komplen 10 mahal la bang. Jual la rm9. Ke. Rm8 ke.

Suami bertanya.

Yang komplen tu pernah berniaga x?? Ke dia main kira seketul mentah sebab rm4.50 seketul. Kita terus untung rm5.50?

Dia nampak xbenda2 lain? Aku ni kalau cakap orang ckp peniaga sombong. Xkan ke mana la kalau jual mahal cmni.

Dah tu. Nk aku tolak apa?

Pekerja?
Gaji?
Kos bungkus?
Kos sos?

Jadi? Mana matematik 30ribu tadi?

Ni mesti sebab x niaga kan?

Kutukan diterima. Nk share utk cari kesalahan status ni pun blh.

Saya berpegang pada 1 style dr dulu sebagai pembeli.

Kalau sedap. Mahal. X sayang nak berulang utk beli. Harga mmg x komplen dah.

Kalau murah. X rasa apa2. Tapi lapar hilang. Tetap saya akan berulang time duit xde. Asalkan x lapo. Sedap belakng cerita.

Tapi. Kalau jual memang level tak sedap. Memang tu la last beli.”😕