Uruskan anak seorang diri, Rita Rudaini anggap perbuatan suami kejam & akan tuntut di akhirat

Uruskan anak seorang diri, Rita Rudaini anggap perbuatan suami kejam & akan tuntut di akhirat

Baru-baru ini, pelakon Rita Rudaini ada memuat naik video di laman Instagram menghantar semula anak lelaki sulungnya, Airit Rayyan Rizqin pulang ke asrama setelah cuti penggal akhir tahun berakhir pada 3 Januari lalu.

Perkongsiaan video terbabit telah meraih perhatian ramai dan rata-rata turut berasa sebak melihat pengorbanan Rita terhadap kedua-dua anaknya tanpa bantuan bekas suami, Aidil Zafuan.

Ketika membalas komen netizen yang memetik nama Aidil, pelakon tersebut berkata sama sekali tidak akan menghalalkan segala perbuatan yang dilakukan oleh bekas suami serta keluarga terhadap mereka bertiga.

 

Menurut pelakon Mami Jarum itu, segalanya pasti akan terbalas ‘di sana’ kerana hal yang dilakukan oleh bekas suami terhadap mereka anak-beranak sememangnya sangat kejam.

Biarkan mereka seronok di dunia, kami tunggu ‘di sana’ saja. Orang luar tak tahu cerita-cerita dalam.

komen ig Rita Rudaini

Dalam pada masa yang sama, netizen turut meluahkan rasa kagum melihat Rita tabah membesarkan anak-anak biarpun tidak mendapat bantuan daripada Aidil.

Sekadar info, Rita Rudaini dan Aidil Zafuan mendirikan rumah tangga pada tahun 2008, namun mengambil keputusan untuk berpisah setelah 5 tahun bersama iaitu pada September 2013.