Ustaz Kazim Elias dedah pelakon, pelawak terkenal suka bersedekah bayar bil-bil surau & masjid, netizen petik nama Jep Sepahtu

Ustaz Kazim Elias dedah pelakon, pelawak terkenal suka bersedekah bayar bil-bil surau & masjid, netizen petik nama Jep Sepahtu

 

Ramai antara selebriti dikatakan tidak menunjukkan kemewahan yang dimiliki di media sosial dan hanya memaparkan kerjaya semata-mata. Dan ada juga yang tidak mencanangkan pemberian atau sedekah kepada mana-mana pihak.

Tular satu video pendedahan oleh Ustaz Kazim Elias semasa sesi ceramah mengenai seorang selebriti yang juga merupakan seorang pelawak terkenal yang gemar bersedekah.

Tidak mendedahkan identiti sebenar selebriti tersebut, perkara itu kata Ustaz Kaziem Elias diberitahu oleh salah seorang jiran sekampung selebriti berkenaan yang berasal dari negeri Johor.

“Pelawak ni,elektrik di masjid, di surau kampung dia yang bayar.

@firdaus62056

Allah sayang kepada orang yg suka bersedekah. Semoga perkongsiaan ini memberi seribu manfaat kepada siapa yg mendengarnya. #fypage #fypシ゚viral🖤tiktok☆♡🦋myvideo #dakwah_islam #dakwah #dakwahtiktok #5millionviews #fypシ゚viral

♬ 孤独的牧羊人排箫演奏 – 骆礼钧

“Mak bapak dia pulak anak dia tak bagi berniaga dah tapi sebab ada pekerja, ada yang ibu tunggal, ada yang orang susah. Kalau tutup kedai, macam mana nasib pekerja-pekerjanya.

“Orang tak ada duit datang kedai, dia bagi makan percuma.

“Sejak dulu sampai sekarang dia tak miskin, kedai dia tak tutup, anak dia makin murah rezeki sebab bersedekah.

“Sebagaimana sabda Nabi, tidak akan berkurang harta dengan sebab kita bersedekah,” katanya.

Rata-rata netizen mula meneka siapakah gerangan yang dimaksudkan oleh Ustaz Kazim Elias itu. Ada yang menyatakan pelawak itu adalah Jep Sepahtu kerana ibu dan bapa Jep merupakan peniaga kedai makan.